Masjid rosak sebelum 1906
Sebuah masjid yg dibina dengan lumpur masih mampu bertahan beratus ratus tahun lamanya. Nasjid Agung Djenne Mali, Afrika. Tiada tarikh tepat bila masjid ini dibina, ianya dianggarkan telah dibnina dari 1200 – 1300 tahun dahulu.
para pelancung yg melawat masjid itu
Masjid ini mengalami kerosakan teruk dan dibangunkan semula oleh Kerajaan Peranchis pada 1906. Reka bentuk asal tetap dikekalkan dengan bercirikan gaya Afrika. Namun begitu masjid ini tetap dianggap sebagai masjid yg terbaik setaraf dengan Masjid Agung di Nigeria dan Masjid Larabanga Ghana.
para pelancung ditunjuk cara buat bata
Bata yg buat untuk membina masjid ini dikenali sebagai ‘adob’ yg diadunkan dari lumpur tanahliat, air, jerami rerumpai dan bahan pelekat aorganik dan dijemur panas matahari. Memang telah terbukti daya ketahanan nya cukup baik dengan ketahanan yg lama.
kerja kerja check kerosakan tahunan
Lumpur yang dilapisi dengan plester halus untuk membina dinding bangunan yang digarap dengan pelepah kelapa sawit (Borassus aethiopum) atau di sebut Toron, toron ini juga berfungsi sebagai ‘bahan ganti’ untuk diperbaharui dibahagian ini setiap tahunIanya hanya menukarkan saja mana bahagian yg mengalami kerosakan kecil. Pantau dilakukan setiap tahun dengan penjagaan itu sedar tak sedar usia nya sudah menjangkau ratusan tahun.
Centre for Earthen Architecture, sebuah pusat komuniti juga mengambil inisiatif untuk melatih lebih 300 orang dalam teknik-teknik pembinaan, kerja memasang paip, kerja batu, pengilangan bata, pertukangan kayu.
Seramik juga dipasang untuk melancarkan laluan air hujan melepasi dinding dan bahagian atas bangunan. Keluasan masjid ini 75 m x 75 m dan didirikan 3 meter lebih tinggi dari paras tanah. Sehingga kini masjid tersebut sudah berusia lebihkurang 7—hingga 800 tahun. Ianya dibina lebih tinggi dari tanah dan perparitan bagi mengatasi jika berlakunya banjir.
Lumpur, jerami dan tanah liat yg dikeringkan mampu bertahan beratus tahun, hanya setiap tahun ianya di periksa bagi penyediaan ulang tahun keramaian rakyat.
UNESCO mengiktiraf masjid ini sebagai “warisan dunia” pada tahun 1988 dan para pelawat dibenar mengunjungi masjid ini dan hanya mereka yg beragama Islam saja yg dibenarkan masuk.
My Blog List
-
-
-
-
-
-
Haramkan Pemain Terima Rasuah4 weeks ago
-
-
Selamat Tahun Baru 20121 month ago
-
-
Assalamualaikum.....5 months ago
-
-
-
-
-
-
Kemuliaan Ayah & Ibu1 year ago
-
Masjid dibuat dari lumpur bertahan ratusan tahun
Monday, May 2, 2011
Posted by Ahmed Norazmi at 5/02/2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment