The Musalman akhbar yg ditulis dengan tangan sejak 84 tahun lalu

Friday, June 10, 2011


Rasa nya agak kreatif jugak, bagi akulah.. pelek nya kerna ketabahan mereka. Kalau geng geng kat luar sana tak begitu kaget sikit habuk pun.. wa respectlah.

Apatah lagi ekonomi sekarang khas nya kat Negara kita ni… pening. Ini pula kat India tu, rasanya banyak juga syarikat2 surat khabar yg bungkus.. tapi sebuah syarikat akhbar kat Chenai Tamil Nadu India dapat bertahan dan mempu huidup dengan cara nya yg tak ada kat akhbar akhbar lain didunia ini.

‘The Musalman’ yg berbahasa urdhu dan disiapkan dengan empat muka surat itu dihasilkan dengan tulisan tangan. Difahamkan ianya memerlukan tiga jam bagi 3 orang penulis nya untuk menyiapkan akhbar itu setiap hari.

Seandainya tersilap tulis berita, maka mereka terpaksa ulang semula tulisan itu dan mereka menyediakan ruang kosong untuk standby sekira nya menerima berita berita terbaru untuk dikemaskinikan. Apabila siap mereka menulis secara manual atau tangan barulah akhbar itu di cetak serta di edarkan kepada 21,000 pelanggan mereka.

Ketua redaksi surat khabar itu Syed Arifullah, berkata penghasilan secara tradisi dengan tulisan tangan itu sudah dipertahankan sejak 84 tahun dahulu, beliau memimpin produk nya itu setelah menggantikan sejak ayahnya meninggal dunia.

Beliau mempertahankan cara nya itu bagi menghidupkan ‘kaligrafi’ rakyat India, katanya.

"The Musalman adalah berkait dengan kaligrafi, dan ramai orang tertarik pada kaligrafi. Kaligrafi adalah jantung The Musalman.’ Kata nya, Jika Anda membuka computer pasti ada kelainan dengan nya, tambahnya lagi.


Surat kabar itu diterbitkan pertama kali pada 1927 oleh kakek Arifullah, Syed Azmatullah, yang kemudian mewariskannya kepada Syed Faizullah. Ayah Arifullah itu meninggal pada usia 76 tahun akibat masaalah paru-paru.

Arifullah menceritakan, para pekerja si syarikat nya amat setia dan sanggup bekorban walaupun gaji tidak semahal mana.
Salah satu reporternya, Rehman Hussain, kini berusia 50 tahun dan sudah bekerja di situ lebih 30 tahun lalu. "Kerana boleh berbahasa Urdu, kami dihormati. Dan saya akan bekerja bersama Musalman sampai diperlukan lagi," kata Rehman Hussain.

Seorang lagi pekerja Usman Ghani berkata, berkerja disini memang gaji tidak mahal dan suasana pejabat kurang baik kerana mesin pencetak berada dalam pejabat yg sama dengan bunyi bising nya, tetapi Kecintaan kami terhadap pekerjaan inilah yang membuat saya terikat kepada Musalman," kata Usman Gani, salah seorang editor nya.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi