Turki hadiahkan rambut Rasulullah kepada Chechnya

Tuesday, February 7, 2012


Republik Chechnya pada 1 Februari 2012 lalu mendapatkan tiga helai rambut milik Nabi Muhammad SAW. Rambut suci itu akan tinggal di negara tersebut selamanya.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menghadiahkan tiga helai rambut Rasulullah S.A.W. kepada Chechnya pada 1hb,februari lalu lapur laman Yuga.ru…dan inilah pertamakali Turki menghadiahkan beberapa helai rambut khazanah Nabi kepada negar lain.

Satu delegasi dari Chechnya membawa pulang tiga helai rambut itu ke Grozny ibu Negara Chechnya. Ribuan rakyat termasuk presiden Chechnya Ramzan Kadyrov menyambut rombongan yg membawa pulang rambut Rasullullah itu.

Sebelum itu, pada 26 Januari 2012, Chenchnya juga menerima satu helai rambut Nabi Muhammad dari Uzbekistan. Rambut itu disimpan di Masdjid Akhmad Kadyrov, iaitu masjid utama di Grozny.

Ini juga merupakan satu sejarah dalam kehidupan umat Islam bukan hanya di negara kami, tapi juga di semua wilayah lain di Utara dan Rusia, kata seorang ulama Chenchya.

Rambut Nabi Muhammad itu juga akan di bawa keliling negeri untuk tatapan rakyat jelata, katanya. - ahmedzimar

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi