Pantai unik didunia kerana tak ada laut nya

Monday, October 22, 2012

Pantai Gulpiyuri adalah antara satu satu nya sebuah pantai yg begitu menakjubkan kedudukan nya dan ia nya terletak berhampiran sebuah kampong nelayan tradisi Llanes Sepanyol. Pantai ini yg agak kelainan dan pelek didunia kerana ia tiada mempunyai laut.

 

Pantainya puteh bersih dengan pepasir dan rasa airnya juga masin serta tetap dikunjungi orangramai untuk mandi2 dan berkelah.

 

Pantai ini tiadalah berombak besar cuma ombaknya terlalu perlahan kerana tiupan angin tidak begitu dirasakan kerana kedudukan nya agak rendah dari tanah besar keliling nya. Kedudukan nya seolah olah semacam sebuah lopak berbatu ditengah padang dan jauh dihujung padang tanah nya tinggi dan menurun kebawah dan barulah bertemu laut yg sebenar nya. Namun begitu ukuran pantai ini agak besar.

 

Kelihatan tanah puteh diatas padang, itulah pantai nya Bagaimana air nya tidak kering2, ia dikatakan terdapat sebuah terowong dibawah nya iaitu Teluk Biscay sepanjang 100 meter menghala ke Laut Atlantik. Air yg mengalir melalui terowong itulah, membawa pasir dan air masin yg membentuk menjadi pantai.

 

Dalam bahasa Sepanyol disebut Playa del Gulpiyuri, dan pantai ini amat mudah untuk disinggah kerana berdekatan dengan lebuhraya. Anda akan merentas lebuhraya dan sebuah padang dan disitu terdapat sebuah lopak air yg besar serta berupa sebuah pantai yg menarik. Kelihatan juga orang ramai yg singgah dan berjemur.

 

Kejadian ini juga dikatakan agak luarbiasa pernah terjadi diSepanyol mahupun didunia.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi