mencari salasilah keturunan

Monday, December 3, 2012

Pada 2/12/02 lalu saya bersama tiga orang ahli keluarga yang lain berangkat ke Segamat dalam misi “menjejaki carta keturunan” dan tiba ke Bandar Segamat lebihkurang pukul 1.30 pm. Saya bersama abang ipar dan dua orang kakak berhenti untuk makan tengahari sebelum memulakan jejak kami.

 

Sebelum ini saya dah beberapa kali lahirkan hasrat untuk mendapatkan carta susunan keturunan yg difahamkan salinan asal nya berada pada Tuan Haji Hisham Hj.Talib di Segamat Johor. Hasrat itu tertangguh lebih setahun lalu setelah disarankan oleh rakan kumpulan ‘Warisan Abdul Rahman Khamis’ facebook.

 

Xpdc pada hari itu pun terjadi secara tiba tiba yg tak dirancang pada mulanya… saya pulang bercuti dan tinggal dirumah kakak di Kuala Rompin akhir November lalu. Kakak saya beberapa kali bertanya “tak pergi Segamat ke” dan secara kebetulan pula saya pergi ke Pasar Minggu Kuala Rompin pada keesukan nya dan bertemu dengan seorang peniaga dari Segamat Johor dan kami berbual bual. Dalam perbualan itu peniaga tersebut berkata yg beliau mengenali Tuan Haji Hisham. Peniaga itu juga menceritakan yg adik kepada Hj.Hisham iaitu Hj.Ibrahim @ Hj.Din telah pun meninggal dunia sebulan yg lalu. Haji Din agak mesra dengan keluarga kami kerana beliau selalu datang ke Rompin.

 

Saya bergegas pulang semula ke rumah menceritakan hal tersebut kepada kakak2 dan dengan kerjasama abang ipar saya En.Kamal, kami terus berangkat ke Segamat pada tengahari itu juga. Saya bersama Kak Rahimah, Kak Maimun dan Kamal memulakan ‘jejak’ itu pada jam 12 tengahari.

 

Maklumat mutakhir dikumpul dan kami menuju ke Bazar Mara serta memasuki sebuah kedai yg menjual pelbagai makanan dan barangan dari Timur Tengah. Kumpulam kami disambut oleh En.Wahid dan isteri, beliau merupakan anak kepada Haji Hisham. Kami berbual sebentar dan bertanyakan beberapa maklumat berkaitan dan terus bertolak ke Kg.Bunbum. Terimakasih juga kepada Ab Wahid dan isteri dgn layanan mereka…Alhamdulillah.

 

Kamal menghubungi haji Yob @ Lokman yg juga adik kepada Hj.Hisham, tetapi tak berkesempatan untuk menemuinya kerana kesuntukan masa. Kamal menyatakan yg beliau pernah sampai ke araea ini lebihkurang 16 tahun lalu dan tak begitu ingat sepenuhnya keadaan sedikit berubah, kami selamat tiba ke rumah Hj.Hisham, yg mana beliau baru saja pulang dari Vietnam.

 

Terimakasih bebanyak kepada Hj.Hisham dan keluarga diatas layanan yg amat baik kepada kami, secara kebetulan pula time kunjungan kami itu adalah musim buah2an, kami dijamu dengan rambutan, pulasan dan durian pelbagai rasa yg diambil dibelakang rumah nya…Alhamdulillah.

 

Lebihkurang lebih satu jam kami berada dirumah beliau dan perbualan kami lebih banyak focus kepada hubungan keluarga dan keturunan, sehingga menyentuh beberapa orang ahli keluarga yg berada di England, Bali,Singapura, Australia, Thailand dan beberapa tempat di Indonesia. Ahli keturunan yg berada di Malaysia memang sudah berada dimerata rata tempat.. mungkin didepan laptop pun ada ..he he..

 

Yang agak lucu nya, ramai salasilah keturunan kami terdiri dari panglima2 perang dan 2,3 orang yg pernah mengampil upah untuk berperang di Indonesia termasuk di Ujung Padang Sulawesi dan Pagar Ruyong. Ramai ahli keturunan saya yg handal2 bab peperangan tetapi saya sendiri antara yg ‘penakut pahit’, dan rasanya adik saya juga En.Razik pun seorang yg penakut…taktahulahpula beliau yg berani dibelakang saya… keh.. keh..

 

Sebelum kami berempat berangkat pulang, Kak Mymoon menyatakan ingin mendapatkan salinan susunan cartra ahli keturuan kami. Hj.Hisham menyatakan carta itu termuat rekodkan dari tahun 1860 ‘an dan ini bermakna 100 tahun dahulu. Keturunan pehak saya diambil bermula dari Ali ayah kepada Mek Ngah atau dikenali dengan “Mak Pata”, iaitu atok perempuan saya.

 

Subhanallah..saya sendiri agak kagum dengan usha usha Hj Hisham yg berjaya menyiapkan carta tersebut dan beliau fahamkan sudah memulakan pencarian rekod keturunan itu sejak 1970’an lagi. Kreatif beliau amat dihargai.

 

Untuk keterangan yg lebih jelas, boleh juga disemak kepada kertas susunan ahli keluarga itu. Carta itu juga ditulis sendiri oleh Haji Hisham dan difahamkan sudah 5,6 tahun tidak diupdatekan salasilah keturunan nya.

 

Kami mengucapkan terimakasih kepada keluarga Hj Hisham yg banyak memberi kerjasama dalam menjayakan missi kami ini.. setelah kami bertukar nombor telepon serta mengundang keluarga di Segamat untuk ke Daerah Rompin, kami pun bersalaman dan berangkat pulang ke lokasi kami.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
Orkes Gambos Penambang Muar 01 S Radziah -...

This mp3 found @ weblagu.com
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © Permata Wangi